Sunday, 30 September 2012

Sayang Tapi. . .


    Dah lama sangat tak update blog ni. Sibuk dengan life baru, UniMAP. Kali ni post ija lebih personal, tentang soal hati dan perasaan.
  
      Kita sayangkan dia tapi kita terpaksa lepaskan dia. Melepaskan insan yang kita cintai bukan sesuatu yang agak mudah. Bibir mengatakan rela sedangkan hati tidak kerana keadaan telah memaksa. Berharap
keadaan menjadi lebih baik. Berharap masa depan si dia lebih terjamin.

      Bersama untuk disakiti lebih baik sendiri. Sememangnya dalam cinta ada pengorbanan, ada kesakitan. Hanya insan yang benar-benar kuat mampu bertahan. (But i'm not.....) Berpisah. Itu adalah jalan terbaik. Tidak mahu membahagiakan sang cinta dalam kepalsuan. Senyum, sedangkan hati menanggung seribu penderitaan. Bukan semua orang mampu senyum dalam derita terutama dalam cinta yang serba kekurangan.


    Berikan ruang untuk seketika. Mencari dan memperbaiki kelemahan diri. Jangan mengharapkan yang sempurna kerana kita belum tentu sempurna.

  
     Perjalanan hidup masih jauh. Kehilangan cinta tak bermakna kita kehilangan segalanya. Teruskan berdoa semoga dia adalah jodoh kita. Jodoh yang direstui Ilahi, ibu bapa. Mungkin ada yang lebih baik untukmu. Andai itu yang ditetapkan oleh-Nya, aku redha.