Sunday, 30 September 2012

Sayang Tapi. . .


    Dah lama sangat tak update blog ni. Sibuk dengan life baru, UniMAP. Kali ni post ija lebih personal, tentang soal hati dan perasaan.
  
      Kita sayangkan dia tapi kita terpaksa lepaskan dia. Melepaskan insan yang kita cintai bukan sesuatu yang agak mudah. Bibir mengatakan rela sedangkan hati tidak kerana keadaan telah memaksa. Berharap
keadaan menjadi lebih baik. Berharap masa depan si dia lebih terjamin.

      Bersama untuk disakiti lebih baik sendiri. Sememangnya dalam cinta ada pengorbanan, ada kesakitan. Hanya insan yang benar-benar kuat mampu bertahan. (But i'm not.....) Berpisah. Itu adalah jalan terbaik. Tidak mahu membahagiakan sang cinta dalam kepalsuan. Senyum, sedangkan hati menanggung seribu penderitaan. Bukan semua orang mampu senyum dalam derita terutama dalam cinta yang serba kekurangan.


    Berikan ruang untuk seketika. Mencari dan memperbaiki kelemahan diri. Jangan mengharapkan yang sempurna kerana kita belum tentu sempurna.

  
     Perjalanan hidup masih jauh. Kehilangan cinta tak bermakna kita kehilangan segalanya. Teruskan berdoa semoga dia adalah jodoh kita. Jodoh yang direstui Ilahi, ibu bapa. Mungkin ada yang lebih baik untukmu. Andai itu yang ditetapkan oleh-Nya, aku redha.




Thursday, 21 June 2012

Matriks susah?

        Dengar je matrik ramai dah mengeluh. Sebab kita dah dijamu dengan khabar-khabar angin yang life di matrikulasi ni susah, ye la setahun je kan?


         By the way, mana-mana tempat yang kita belajar tak kira la sekolah menengah, matrikulasi, universiti, kolej dan form 6 semuanya susah. "Susah" akan jadi bestfriend bila kita malas. Kali ni nak cerita tentang pengalaman sendiri di matrikulasi yang kita semua dok kalut sangat tu. Setahun di Kolej Matriukulasi Negeri Sembilan 2011/2012 dah cukup untuk diceritakan apa la yang susah sangat tu.

         
            I'm not 4 flat student. Itulah kenyataannya. Ija budak biasa not genius or gifted. "Malas" tu setia sangat teman diri ni tu yang tak dapat 4 flat. Semester 1 asyik main-main, bila keluar da result baru nak insaf dan alhamdulillah semester 2 (taubat dah) lebih baik. Masa tu baru sedar, matriks memang tak susah. Cuma kena rajin dan tak mudah dipengaruhi dengan keadaan sekililing. Ada masa terluang je, study. CONFIRM, hang boleh genggam lumat-lumat 4 flat. Tak rugi kalau kita berkorban selama setahun untuk mengecapi kemanisan kejayaan akan datang.


             Matriks seronok la sebab dengan macam-macam orang kita boleh berkawan. Even, mak cik kafe pun boleh jadi kawan. Kawan paling rapat sekali tentu la rooomate right ? Celik je pagi, nampak roomate dulu nak tidur pun mengadap roomate jugak dulu. Hubungan dengan roomate wajib dijaga dengan baik sebab apa-apa jadi, dorang paling dekat boleh tolong. Ada masalah cinta pun dorang boleh tolong. (hehe.. teringat kat atin, wani, airin, yana)


     
                 Classmate pun penting jugak. Tak da depa memang susah hidup hang kat matriks. Dalam kelas tu jangan la puak-puak sangat, susah nak dapat kerjasama nanti. Gambar kat bawah memori ija dengan classmate di matriks. Tak dapat la nak sebut nama sorang-sorang, ramai sangat.

love u all !!




               Lastly, rajin-rajin la tayang muka dengan lecturer. Pi belajar dengan depa dekat unit. Mudah ilmu kita nak terima tu kalau dapat berkat daripada guru. Bab-bab belajar yang susah teramat sangat tu, insyaallah jadi senang bila tanya lecturer. Good luck dear in Matriculation!   


   Cuba tengok video ni, seronok kan hidup kat matriks. ^_^

  

Monday, 11 June 2012

Tuhan, beri aku kekuatan


Allah tidak membebani(menguji) seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya (Al-Baqarah : 286)
   

       Sebagai hamba-Nya kita acapkali diuji dengan pelbagai ujian yang kadang-kala sangat sukar untuk ditempuh. Seharusnya kita ingat bahawa Allah SWT tidak membebani hamba-Nya melainkan apa yang mampu dihadapi oleh mereka sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah:286.

    Tak tertanggung rasanya beban yang menimpa diri seolah-olah diri dihempap gunung. Tidak terdaya tubuh untuk untuk menggalasnya apatah lagi membuangnya jauh. Merelakan beban terus menghempap lama kelamaan hanya merosak jiwa. Semakin berat beban yang dirasai semakin sakit jiwa dan tubuh yang dihempapnya.

  Menangis. Hanya itu sahajakah yang kita mampu lakukan? Benar, menangis mampu mengurangkan rasa beban yang kita tanggung. Tetapi adakah beban itu akan terus hilang? Berdepan dan cuba selesaikan ujian yang menimpa. Sampai bila kita mahu duduk berdiam membiarkan diri terus dibelenggu masalah yang kian merantai jiwa.

Menangislah seandainya itu dapat
membuatmu merasa lebih tenang.

      Ujian tidak akan berakhir selagi kita tidak mendekati-Nya. Kerana daripada Allah SWT, ujian itu hadir dalam hidup kita. Lapangkan dada,berdoa. Yakinlah bahawa Allah SWT akan membantu selagi mana kita tidak putus harapan terhadap-Nya. Tiada pergantungan yang sehebat-hebatnya melainkan meletakkan sepenuh kebergantungan itu kepada Allah SWT semata-mata. 
   
    Insya-Allah, jika kita bergantung dan yakin sepenuhnya terhadap Ilahi, Dia akan menunjukkan kita jalan malah kita akan mengharunginya dengan bunga kesabaran dan redha. Tiada masalah yang tiada penyelesaian. Jauhi duri-duri putus asa, hidu wanginya ujian yang kita tempuhi.


Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. (Al-Insyirah : 5 )


Tuhan, berikan aku kekuatan untuk mengharungi segala ujian-Mu.


Wednesday, 6 June 2012

Mencintai tak semestinya memiliki

      Berbicara mengenai hati adalah sesuatu yang agak sukar.Terutamanya hati wanita yang sangat rumit untuk difahami.
   
     Lumrah, manusia ingin dicintai dan mencintai tetapi tidak semua akan berakhir dengan keindahan mahupun termetrainya lafaz nikah sehidup semati. Melepaskannya pergi atas ketentuan-Nya saat kita masih mencintainya sememangnya sukar. Seolah langit tlah menghempas bumi dan berakhirnya hidup.
 
      Itulah kesilapan kita sebenarnya, menyangka semua telah berakhir. Merelakannya pergi tak bermakna cinta kita harus pergi bersamanya. Semat cinta itu di hati, kelak kita akan merasa bahagia dengan sisa-sisa kenangan yang masih ada. Cukup kita mendoakan kebahagiaannya asalkan dia bahagia bersama dengan yang tercinta.

    Cinta cuma mahukan orang dicintai hidup dalam penuh kasih sayang, melihat gelak tawanya bukan kesengsaraan yang bertemankan air mata. Biarkan dia bahagia dan kita juga harus bahagia dengan cinta sejati yang kita miliki.

    Tak perlu jadikannya musuh kerana hanya akan menambah luka di hati. Bibir mengatur bicara "Aku benci kau!!" sedangkan hati membisik sayu "Aku masih cintakan kau". Tidakkah ini suatu bentuk penyeksaan untuk hati? Siapa kita untuk mendera hati. Paling penting, jangan biarkan diri keseorangan terus hanyut bersama cinta lalu.

   
    Dekatkan diri kepada yang memliki kita secara mutlak iaitu Allah SWT. Dia lebih memahami kita, menghargai cinta kita untuk-Nya. 
     
    Jika benar dia jodoh kita yang telah tertulis di Luh Mahfuz, dia akan kembali untuk mengenggam kembali cinta dengan lafaz ijab dan qabul.

Biarkan ia terbang kerana mencintai tak semestinya memiliki,

mengertilah kita sebenarnya kepunyaan Yang Maha Esa.

Thursday, 24 May 2012

tips KECANTIKAN untuk muslimah

FOLLOW tips ni,insyaallah wajah korg nmpak sngat brseri-seri. 
 SELAMAT MENCUBA !!!




MATA
Jadikanlah Ghaddul Basor (menundukkan pandangan) sbgai 'hiasan mata', 
nescaya mata mnjadi smkin jernih dan bersinar.


PIPI
Gunaknlah blusher yg diperbuat drpd rasa malu dan iman.


KULIT MUKA
Sapukan foundation BB CREAM jnama air 'wuduk', nescaya
wajah anda brcahaya di akhirat.



BIBIR
Sapukan 'lipstik kejujuran' pd bibir, nescaya anda nmpak lebih manis.


RAMBUT
Rawatlah rmbut dgn 'Selendang Islam' yg akan mghilangkan
kelumumur pndangan lelaki yg membahayakan.


TUBUH BADAN
Pakailah 'sabun istighfar' yg menghilangkan semua dosa 
dan kesalahan kita lakukan.


TANGAN
Hiasilah kdua tangan dan jari-jemari dgn 'gelang tawaduk' dan
'cincin ukhwah'.


LEHER
Sebaik-baik perhiasan untuk leher ialah rantai 'kesucian'.


Senang kan? Tak perlu beli barang mahal2 utk kecantikan diri. Guna tips kt atas lgi bagus sebab hasil dia berkali-kali ganda lebih baik dr produk kosmetik yg ade kt psaran. Cuba ye. ^^



Wednesday, 23 May 2012

Why should i create a blog?

I have no reason for the above statement. aiceh.. speaking. haha

Better i speak in Malay (sebab ni bahasa ibunda. haha)
xpun "rojak language" ok jugak. ^_*

Before start mukadimah entah ape-ape, baik korang knal
siapa empunya blogger.
Kalau ikut nama ic; Norhaniza and boleh panggil IJA ^^

Umur?  Hrm... i'm still young (aiceh..perasan. haha)
  19 tahun x berape nk genap. 


 Den budak nogori (jelaskan ija dari mane? hihi)

POST akan datang berkenaan? 
Sama ada psal diri sndiri or  post yg brguna and berinformasi utk korg. ^^