
Allah tidak membebani(menguji) seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya (Al-Baqarah : 286)
Sebagai hamba-Nya kita acapkali diuji dengan pelbagai ujian yang kadang-kala sangat sukar untuk ditempuh. Seharusnya kita ingat bahawa Allah SWT tidak membebani hamba-Nya melainkan apa yang mampu dihadapi oleh mereka sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah:286.
Tak tertanggung rasanya beban yang menimpa diri seolah-olah diri dihempap gunung. Tidak terdaya tubuh untuk untuk menggalasnya apatah lagi membuangnya jauh. Merelakan beban terus menghempap lama kelamaan hanya merosak jiwa. Semakin berat beban yang dirasai semakin sakit jiwa dan tubuh yang dihempapnya.
Menangis. Hanya itu sahajakah yang kita mampu lakukan? Benar, menangis mampu mengurangkan rasa beban yang kita tanggung. Tetapi adakah beban itu akan terus hilang? Berdepan dan cuba selesaikan ujian yang menimpa. Sampai bila kita mahu duduk berdiam membiarkan diri terus dibelenggu masalah yang kian merantai jiwa.
![]() |
Menangislah seandainya itu dapat membuatmu merasa lebih tenang. |
Ujian tidak akan berakhir selagi kita tidak mendekati-Nya. Kerana daripada Allah SWT, ujian itu hadir dalam hidup kita. Lapangkan dada,berdoa. Yakinlah bahawa Allah SWT akan membantu selagi mana kita tidak putus harapan terhadap-Nya. Tiada pergantungan yang sehebat-hebatnya melainkan meletakkan sepenuh kebergantungan itu kepada Allah SWT semata-mata.
Insya-Allah, jika kita bergantung dan yakin sepenuhnya terhadap Ilahi, Dia akan menunjukkan kita jalan malah kita akan mengharunginya dengan bunga kesabaran dan redha. Tiada masalah yang tiada penyelesaian. Jauhi duri-duri putus asa, hidu wanginya ujian yang kita tempuhi.
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. (Al-Insyirah : 5 )
![]() |
Tuhan, berikan aku kekuatan untuk mengharungi segala ujian-Mu. |
huhuh ;) knp ija? ada masalah ke?
ReplyDeletenope..cme teringat saat2 bjuang kt matrik dlu.. ujian. haha
ReplyDelete